Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Guru Maut Kereta Dipandu Bertembung Lori

12/07/2025 05:10 PM

KUANTAN, 12 Julai (Bernama) -- Seorang guru maut selepas kereta Perodua Myvi yang dipandu bertembung dengan sebuah lori di Jalan Besar Jengka 20 dekat Maran hari ini. 

Ketua Polis Daerah Maran Supt Wong Kim Wai berkata dalam kemalangan kira-kira 9.30 pagi itu, Nurfarah Izyan Ismail, 28, yang bertugas di Sekolah Menengah Agama Al-Basriah, Jerantut meninggal dunia di lokasi kejadian. 

Beliau berkata siasatan awal mendapati nahas berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari sekolah berkenaan menuju ke rumahnya di Sungai Gau, Temerloh. 

"Apabila tiba di lokasi kejadian, kereta yang dipandu Nurfarah Izyan dipercayai telah hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori yang dinaiki oleh empat individu," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Wong berkata akibat kemalangan itu, pemandu lori jenis Isuzu berumur 51 tahun patah paha kiri manakala dua kelindan berusia 25 serta 43 tahun cedera ringan dan seorang lagi kelindan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata jenazah Nurfarah Izyan dibawa ke Hospital Jengka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan