Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Tuisyen MADANI: MB Terengganu Harap Dapat Tingkatkan Kecemerlangan Pelajar

12/07/2025 05:55 PM

KUALA TERENGGANU, 12 Julai (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memilih Terengganu sebagai negeri pertama melaksanakan program Tuisyen MADANI dengan peruntukan RM5.27 juta.

Beliau berkata pihaknya berharap bantuan itu dapat meningkatkan lagi kecemerlangan pelajar di negeri itu, namun pada masa sama mahu para guru mengenal pasti kelompok pelajar yang memerlukan bantuan tersebut.

“Kita harap pelajar dapat mengambil manfaat ini sepenuhnya dan saya rasa pihak sekolah dan jabatan (pendidikan) pun harus juga membuat keutamaan iaitu mengenal pasti kelompok pelajar yang cemerlang, kelompok pertengahan ataupun kelompok yang tertinggal supaya tidak ada pelajar yang tercicir di Terengganu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas  Majlis Penutup Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Terengganu di Pasar Kedai Payang di sini hari ini.

Sebelum itu, Perdana Menteri semasa berucap merasmikan majlis penutup program itu mengumumkan Terengganu dipilih sebagai negeri pertama melaksanakan program tuisyen berkenaan yang dijangka memberi manfaat kepada 9,408 pelajar dengan melibatkan khidmat 614 guru sekolah.

Anwar berkata pemilihan Terengganu sebagai perintis program berkenaan adalah berdasarkan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan awam oleh pelajar di negeri itu.

-- BERNAMA 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan