Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Penyediaan RMK13 Antara Fokus Mesyuarat MBKM Ke-146 - Shamsul Azri

14/07/2025 01:57 PM

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bergambar) -- Penyediaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang dijangka dibentangkan di Parlimen hujung bulan ini, antara yang dibincangkan dalam mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang ke-146 di Putrajaya, hari ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menerusi perkongsian di Facebok berkata mesyuarat dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, juga terarah kepada pelaksanaan projek pembangunan dan isu berkaitan pemberimilikan tanah di negeri.

“Ini merupakan mesyuarat kedua tahun ini atau keseluruhannya sebanyak 146 kali pernah diadakan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Berdasarkan takwim Penggal Keempat, Parlimen Kelima Belas 2025, Mesyuarat Kedua, pembentangan RMK13 dijadualkan pada 31 Julai.

Sebelum ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata RMK13 bagi tempoh 2026 hingga 2030, akan menjadi titik tolak kepada usaha kerajaan dalam menangani cabaran ekonomi negara.

Anwar berkata cabaran itu termasuk keseimbangan pembangunan dan pendapatan, ruang fiskal yang terhad dan peralihan struktur ekonomi yang perlahan.

Shamsul Azri, dalam pada itu turut menyatakan komitmen beliau untuk kerap turun padang dan membuat lawatan mengejut di negeri-negeri, bagi memantau pelaksanaan program atau projek serta meneruskan agenda reformasi perkhidmatan awam.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan