Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

PM Anwar Dijangka Bertemu Ahli Parlimen PH Petang Ini - Fadhlina

14/07/2025 04:29 PM

NIBONG TEBAL, 14 Julai (Bernama) -- Selepas pertemuan dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) pada Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka bertemu Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) hari ini.

Ahli Parlimen Nibong Tebal Fadhlina Sidek yang mengesahkan perkara itu berkata taklimat oleh Anwar dijangka berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya pada 4.30 petang ini.

Fadhlina yang juga Menteri Pendidikan berkata pertemuan berkenaan bagi menjelaskan pelbagai isu semasa dan perkembangan dasar kerajaan.

"Pertemuan itu merupakan langkah awal bagi memperkukuh kesiapsiagaan blok kerajaan menjelang sidang Parlimen akan datang," katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Widuri di sini hari ini.

Pada 11 Julai lepas, Anwar yang juga Pengerusi PH mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen BN di kediaman rasmi beliau bagi menjelaskan beberapa isu semasa, termasuk mengenai cukai, khabar angin tentang subsidi petrol RON95 dan isu badan kehakiman.

Menurut takwim, persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 24 hari bermula 21 Julai ini hingga 28 Ogos.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan