KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pramesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-269 di Istana Negara di sini hari ini.
Menurut kenyataan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pramesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269 itu akan dipengerusikan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Berangkat sama Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim sebagai wakil rasmi Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial