Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Singgah Kedai Buku Dalam Kesibukan Lawatan Kerja, Ahmad Zahid Galak Budaya Membaca

17/07/2025 08:05 PM

Daripada Ahmad Erwan Othman

WELLINGTON, 17 Julai (Bernama) -- Di sebalik kesibukan lawatan kerja ke New Zealand, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tetap meluangkan masa untuk singgah di Unity Book Store, sebuah kedai buku ikonik yang terletak di jantung kota Wellington.

Menerusi catatan di Facebook, Ahmad Zahid menyifatkan buku sebagai jendela ilmu yang membuka wawasan merentasi sempadan geografi dan budaya.

“Meskipun dihimpit jadual yang padat, saya percaya bahawa ilmu tetap perlu dicari, dibaca dan dihargai,” katanya.

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata setiap helaian buku menyimpan pemikiran, sejarah, pandangan dan harapan manusia daripada pelbagai latar belakang.

“Sebab itulah saya sentiasa terinspirasi untuk mencari dan menelusuri sudut-sudut dunia melalui pembacaan, walau di mana saya berada. Bagaimana pula dengan anda? Buku apa yang anda baca hari ini?” katanya.

Lawatan ringkas ke kedai buku itu dilakukan pada hari keempat lawatan rasmi beliau ke New Zealand yang turut merangkumi pertemuan dua hala dengan Menteri Pertanian, Perhutanan, Perdagangan dan Pelaburan negara itu Todd McClay serta melawat Pusat Pengurusan Krisis Kebangsaan (Beehive Bunker) di Wellington.

Ahmad Zahid akan menamatkan lawatan kerja beliau dan berlepas pulang ke Kuala Lumpur esok.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan