JASIN, 21 Julai (Bernama) -- Sebanyak 14 unit kedai papan termasuk enam yang masih beroperasi musnah dalam kebakaran di Pekan Simpang Bekoh di sini petang tadi.
Komander Operasi Timbalan Penguasa Bomba II Saiful Nazri Mohd Nor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.57 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin digerakkan ke lokasi kejadian.
“Kebakaran melibatkan deretan kedai papan yang terbakar kira-kira 90 peratus dengan keluasan anggaran 40 x 140 kaki persegi.
“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan masing-masing dua aliran hos dari jentera BBP Jasin dan BBP Jasin Bestari, dibantu jentera tangki air BBP Ayer Keroh dan BBP Bukit Gambir,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Saiful Nazri berkata kebakaran itu bagaimanapun tidak melibatkan mangsa.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial