Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

38 Syarikat Korporat Menyumbang Kepada Tabung Sejahtera MADANI

25/07/2025 05:01 PM

PUTRAJAYA, 24 Julai (Bernama) -- Sebanyak 38 syarikat korporat menyumbang kepada Tabung Kesejahteraan Rakyat di bawah Inisiatif Kesejahteraan Rakyat Malaysia MADANI (Sejahtera MADANI) dengan nilai keseluruhan hampir RM120 juta.

Inisiatif yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, adalah komitmen kerajaan untuk membasmi kemiskinan secara berfokus dan bersepadu.

Program itu merupakan inisiatif nasional diselaraskan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) untuk membantu isi rumah miskin dan miskin tegar yang berdaftar dalam Sistem eKasih.

Syarikat penyumbang tertinggi ialah Weststar Group dengan RM15 juta diikuti RM10 juta masing-masing oleh YTL Corporation Bhd, Berjaya Corporation Bhd, MMC Corporation Bhd, Genting Bhd, DRB-Hicom Bhd, Tradewinds Group (M) Sdn Bhd/Yayasan AlBukhary.

Penyumbang lain termasuk Sapura Secured Technologies dengan RM3 juta, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) (RM2.61 juta).

Malaysia Resources Corporation Bhd (MRCB), Naza Corporation Holdings Sdn Bhd, Peninsular Medical Sdn Bhd, Yinson Holdings Bhd, WCT Bhd dan Westports Malaysia Sdn Bhd pula masing-masing menyumbang RM1 juta.

Selain itu, syarkat Selia Selenggara Selatan Sdn Bhd, SD Guthrie Bhd, Cypark Resources Bhd, ITMAX System Bhd dan  Nirvana Memorial Park Sdn Bhd masing-masing menyumbang RM500,000.

Penyumbang lain termasuk Fortress Mining Sdn Bhd (RM300,000), Belati Wangsa (M) Sdn Bhd (RM250,000) manakala Petrolife Aero Sdn Bhd, WZR Property Sdn Bhd dan AWC Bhd masing-masing menyumbang RM200,000.

Turut tersenarai sebagi penyumban FGV Holdings Bhd (RM150,000) manakala Darul Fikir, Farm Fresh Bhd, Pharmaniaga Bhd dan YHA Travel and Tours (M) Sdn Bhd masing-masing RM100,000.

Sementara itu, Telekom Malaysia (TM) menyumbang Program Keusahawanan Digital bernilai RM10 juta, Grab Malaysia menawarkan Inisiatif Pemerkasaan Ekonomi bernilai RM5 juta dan Prudential BSN Takaful menawarkan Microtakaful Jariyah (MTJ) bernilai RM3 juta.

Petronas dan Khazanah Nasional Bhd merupakan Rakan Strategik Sejahtera MADANI, dengan kesemua sumbangan akan dimanfaatkan di bawah Tabung Kesejahteraan Rakyat di bawah seliaan ICU JPM.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan