Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Seorang Lagi Mangsa Kemalangan Babit 15 Motosikal Di Seremban meninggal Dunia

25/07/2025 03:12 PM

SEREMBAN, 25 Julai (Bernama) -- Seorang lagi pelajar yang terlibat dalam kemalangan membabitkan 15 motosikal di Kilometer 262.5 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara di sini pada Khamis meninggal dunia, sekali gus menjadikan jumlah mangsa yang maut empat orang.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohammad Hatta Che Din berkata lelaki berusia 19 tahun itu disahkan meninggal dunia pada 12.30 pagi tadi semasa mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS).

"Ya, mangsa telah meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HTJS dan punca kematian disebabkan kecederaan otak traumatik,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Media semalam melaporkan tiga penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam nahas dipercayai ketika berkonvoi.

Mangsa berusia 18 hingga 20 tahun disahkan maut di lokasi kejadian akibat cedera parah, manakala 12 penunggang yang cedera dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar di sini untuk rawatan lanjut dengan dua daripadanya cedera parah dan dirawat di ICU.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan