Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Perkhidmatan Tren Beroperasi Seperti Biasa Esok - KTMB

25/07/2025 05:40 PM

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memberi jaminan bahawa semua perkhidmatan tren kendalian syarikat itu akan beroperasi seperti biasa esok mengikut jadual, selaras dengan saranan Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

KTMB dalam kenyataan hari ini memaklumkan keutamaan pihaknya adalah untuk memastikan perjalanan pengguna lancar, selamat dan selesa.

Menurut kenyataan itu, bagi memastikan kelancaran operasi, pengguna dinasihatkan agar merancang perjalanan lebih awal dengan menyemak jadual terkini di laman sesawang www.ktmb.com.my.

“Pengguna juga dinasihatkan mematuhi arahan kakitangan serta pengumuman di stesen bagi memastikan pergerakan lancar dan keselamatan bersama dan menggunakan aplikasi KTM Mobile (KITS) bagi kemudahan pembelian tiket dan semakan jadual semasa di MyRailtime,” menurut kenyataan itu.

Menurut KTMB, pengguna digalakkan untuk membuat pembayaran tiket secara tanpa tunai (cashless) menggunakan kad debit atau kredit, e-dompet dan Touch ’n Go untuk perjalanan yang pantas dan selesa.

Loke hari ini berkata semua perkhidmatan pengangkutan awam termasuk stesen KTMB dan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan beroperasi seperti biasa esok.

Beliau berkata adalah penting untuk memastikan pengangkutan awam di Kuala Lumpur terus berfungsi supaya majoriti rakyat boleh menjalankan urusan hujung minggu tanpa diganggu oleh perhimpunan anjuran pembangkang yang dijadualkan esok di ibu negara.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan