Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Seorang Penerjun Cedera, Dua Terselamat Dalam Acara Terjunan BASE Di Kuantan

26/07/2025 10:27 AM

KUANTAN, 26 Julai (Bernama) -- Seorang penerjun cedera manakala dua lagi terselamat selepas tersasar dari lokasi pendaratan dalam acara BASE Jump Extreme Challenge bersempena dengan Pesta Kuantan 188, di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Mohd Adli Mat Daud berkata dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, Zainal Chik, 62, mengalami kecederaan akibat terhempas di kawasan bersimen di pekarangan menara Kuantan 188.

“Penerjun itu telah dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, di sini dan kini berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata seorang penerjun dari Australia Andrew Morcombe, 35, yang tersangkut di atas pokok dan peserta tempatan Manan Mahusin, 64, yang tersasar di kawasan sungai tidak mangalami sebarang kecederaan.

“Pihak penganjur dan petugas keselamatan telah mengambil tindakan pantas memberikan bantuan kepada peserta,” katanya.

Mohd Adli berkata siasatan awal mendapati insiden berkenaan dipercayai berpunca daripada keadaan angin kencang dan faktor teknikal ketika proses pendaratan. 

Acara itu merupakan sebahagian daripada aktiviti Pesta Kuantan 188 tahun ini dan melibatkan sebanyak 17 peserta dari dalam dan luar negara.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan