Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Mohd Zarrawi Dilantik Ketua Kontinjen Ke APG 2025

30/07/2025 06:50 PM

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Presiden Persatuan Olahraga Para Malaysia Mohd Zarrawi Ravi Abdullah dipilih Ketua Kontinjen (CDM) negara ke Sukan Para ASEAN (APG) 2025 yang akan berlangsung pada 20 hingga 26 Jan tahun depan di Korat, Thailand.

Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) memaklumkan Malaysia akan mengambil bahagian dalam 19 jenis sukan pada temasya dwitahunan itu antaranya olahraga, badminton, renang, powerlifting, ping pong, bola keranjang berkerusi roda dan tenis berkerusi roda.

Menurut kenyataan MPM, fokus kini kepada proses pemilihan atlet termasuk bagi mereka yang berada dalam skim pembangunan MSN.

Sementara itu, MPM turut memaklumkan Naib Presiden MPM Joshua Edgar pula akan mengemudi kontinjen negara ke Sukan Para Remaja Asia (AYPG) 2025 di Dubai dari 7 hingga 14 Dis ini.

MPM juga mengesahkan Malaysia akan menyertai 10 daripada 11 sukan yang dipertandingkan di AYPG 2025 antaranya olahraga, memanah, badminton, powerlifting dan renang.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan