Ad Banner
 AM > BERITA

Mohamad Yusri Angkat Sumpah Sebagai ADUN Ayer Kuning

31/07/2025 10:20 PM

IPOH, 31 Julai (Bernama) -- Setiausaha UMNO Bahagian Tapah Dr Mohamad Yusri Bakir mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning di Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid.

“Alhamdulillah, hari ini saya telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negeri bagi kawasan Ayer Kuning di hadapan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak.

“Ini bukan sekadar satu amanah, tetapi satu tanggungjawab besar yang akan saya galas dengan penuh iltizam dan semangat. Terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh warga Ayer Kuning yang telah memberi kepercayaan dan mandat ini,” katanya dalam hantaran Facebooknya hari ini. 

Mohamad Yusri berazam untuk terus bekerja keras, mendengar suara rakyat serta membawa aspirasi dan keperluan masyarakat ke peringkat tertinggi.

“Semoga dengan kerjasama semua pihak, kita dapat membina Ayer Kuning yang lebih sejahtera, maju dan inklusif. Mari kita terus melangkah bersama. Demi Ayer Kuning yang kita cintai,” menurut hantaran itu. 

Pada 26 April lepas, Mohamad Yusri memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Ayer Kuning dengan majoriti 5,006 undi setelah meraih 11,065 undi, menewaskan Abd Muhaimin Malek daripada Perikatan Nasional (6,059 undi) dan calon Parti Sosialis Malaysia, Bawani KS (1,106 undi).

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan