Ad Banner
 AM > BERITA

KWSP Sedia Sokong Kajian Lanjut Perkukuh Pilihan Pendapatan Persaraan

01/08/2025 09:25 PM

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengambil maklum pertimbangan kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) untuk memperkenalkan skim bayaran pencen secara bulanan bagi ahli KWSP. 

KWSP dalam kenyataan memaklumkan cadangan itu sedang diteliti dan sebarang keputusan hanya akan dibuat selepas sesi libat urus yang menyeluruh dengan pihak berkepentingan dan pertimbangan sewajarnya terhadap kepentingan jangka panjang ahli. 

Menurut KWSP buat masa ini, peraturan dan mekanisme pengeluaran kekal seperti sedia ada. 

“Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan melalui saluran rasmi dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu. 

Menurut dokumen RMK13 yang dikeluarkan Kementerian Ekonomi semalam, kerajaan akan meneroka satu mekanisme baharu bagi menjamin pendapatan yang berterusan selepas bersara, bertujuan meningkatkan kesejahteraan pekerja. 

Antara langkah dicadangkan ialah pengasingan caruman KWSP kepada dua komponen iaitu simpanan persaraan dan pencen persaraan. 

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan