KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Sebuah blog baharu bertajuk 'Lessons from Life' yang memaparkan pandangan dan perspektif Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah mengenai isu semasa dalam bentuk penulisan telah dilancarkan.
Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar malam ini, blog itu diuruskan oleh Pejabat Media Diraja Johor (RPO) dan menampilkan kumpulan artikel pilihan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri.
"Blog ini seterusnya akan menjadi platform Raja Permaisuri untuk berkongsi buah fikiran dan pandangan Seri Paduka Baginda dalam bentuk penulisan," menurut hantaran itu.
Entri terbaharu blog itu, bertajuk “Menyelami Jiwa Yang Derita” adalah mengenai penderitaan rakyat Gaza di Palestin.
Artikel berkenaan boleh diakses di laman https://zarithidris.com/menyelami-jiwa-yang-derita
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial