Ad Banner
 AM > BERITA

PLUS Aktifkan Lencongan Di Persimpangan Bukit Gambir-Tangkak Mulai 5 Ogos

02/08/2025 11:21 AM

JOHOR BAHRU, 2 Ogos (Bernama) -- PLUS Malaysia Bhd (PLUS) akan mengaktifkan lencongan jalan secara berperingkat di kilometer (KM) 166.79 hingga KM168.26 bagi kedua-dua arah di antara Persimpangan Bukit Gambir-Tangkak di Lebuhraya Utara-Selatan bermula dari 5 Ogos hingga 30 Dis ini.

Menerusi hantaran di Facebook, PLUS memaklumkan lencongan jalan itu dibuat untuk kerja pembinaan jambatan oleh kontraktor Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Pengguna lebuh raya dinasihatkan merancang perjalanan serta mematuhi semua papan tanda trafik dan arahan petugas PLUS semasa melalui kawasan kerja,” menurut hantaran itu.

Pengguna juga digalakkan merujuk aplikasi PLUS untuk maklumat trafik terkini dan menghubungi talian PLUSLine 1-800-88-0000 jika berlaku kecemasan. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan