Ad Banner
 AM > BERITA

Jualan Agro MADANI Di Perlis Catat Nilai Jualan Lebih RM650,000 Sejak Januari - FAMA Perlis

03/08/2025 03:17 PM

KANGAR, 3 Ogos (Bernama) -- Jualan Agro MADANI di Perlis merekodkan nilai jualan RM652,000 menerusi pelaksanaan 41 siri jualan itu oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri ini sejak Januari lepas.

Pengarah FAMA Perlis Mohd Anzara Azizan berkata pihaknya akan meneruskan penganjuran jualan itu dengan menyasarkan 63 siri jualan dapat dilaksanakan tahun ini sebagai usaha membantu pengguna mendapatkan barangan segar pada harga berpatutan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra sempena Jualan Agro MADANI di Pasar Tani Masjid Al-Istiqamah, Teluk Jambu di sini hari ini.

Mengenai Jualan Agro MADANI di pasar tani masjid berkenaan, Mohd Anzara berkata sebanyak 70 jualan Kombo MADANI ditawarkan pada harga RM6 berbanding harga asal RM10 yang mendapat sambutan menggalakkan.

“Pasar tani di masjid memberi kelebihan dari segi kehadiran pengunjung kerana satu kariah mempunyai lebih dua atau tiga kampung yang terlibat secara langsung, sekali gus memberikan kesan langsung kepada penduduk dari aspek kuasa membeli,” katanya.

Beliau berkata setakat ini terdapat enam lokasi pasar tani yang dilaksanakan secara berkala melibatkan kawasan masjid di seluruh Perlis.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan