BERITA TERGEMPAR   Coordination of aid for Pantai Dalam fire victims, meeting sessions with victims and shop operators to be arranged – Fahmi | 
Ad Banner
 AM > BERITA

Pahang Teruskan Program Air Percuma Pahang 1st Libatkan 38,000 Pengguna

08/08/2025 09:18 AM

KUANTAN, 6 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Pahang akan meneruskan pelaksanaan Program Air Percuma Pahang 1st yang memberi manfaat kepada kira-kira 38,000 pengguna di negeri itu.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam kenyataan hari ini berkata inisiatif  itu merupakan penjenamaan Program Rebat Air Makmur (RAM) yang melibatkan pemberian air percuma sebanyak 20 kubik meter (m3) pertama setiap bulan kepada golongan sasar yang dikenal pasti, dengan peruntukan RM7.3 juta setahun.

“Langkah ini diambil berdasarkan kepada kedudukan kewangan kerajaan negeri dan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) yang semakin baik,” katanya yang menambah keputusan itu telah mendapat persetujuan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri Pahang.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya berharap langkah yang diambil akan memastikan golongan sasar tidak terkesan serta dapat menikmati manfaat inisiatif berkenaan.

Beliau turut menasihatkan semua pengguna di Pahang dapat mengambil langkah penjimatan penggunaan air dan berusaha mengelakkan pembaziran.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan