Ad Banner
 AM > BERITA

Penutupan Sementara Bekalan Air Di Seremban, PD, Tampin, Kuala Pilah 12 Ogos

08/08/2025 04:07 PM

SEREMBAN, 8 Ogos ( Bernama) -- Penutupan sementara bekalan air akan dilaksanakan di beberapa kawasan Seremban, Port Dickson, Tampin dan Kuala Pilah bagi kerja-kerja pengalihan paip, kerja pencucian Loji Rawatan Air (LRA) Dangi serta penyambungan paip air mentah di LRA Ngoi-Ngoi pada 12 Ogos ini.

Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) berkata penutupan bermula pada 8 pagi (12 Ogos) sehingga 8 malam pada keesokkan hari (13 Ogos).

"Bekalan air akan mula disalurkan semula setelah kerja-kerja di tapak siap sepenuhnya. Tempoh pemulihan bekalan air adalah secara berperingkat namun kawasan tinggi dan penghujung sistem agihan berkemungkinan akan mengalami tempoh pemulihan yang lebih lama. 

"Untuk makluman, kerja-kerja ini merupakan antara usaha berterusan SAINS dalam menambah baik dan  meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan para pelanggan pada masa hadapan,"menurut kenyataan itu hari ini.

Pelanggan boleh menghubungi talian 1-300-88-6982 untuk sebarang maklumat lanjut dan bantuan bekalan air untuk kes kecemasan semasa dalam tempoh gangguan.

SAINS berkata penghantaran lori tangki ke penempatan tangki statik akan dilaksanakan sekiranya gangguan melebihi 24 jam (selepas tempoh penutupan).

Antara kawasan terlibat bagi kawasan daerah Seremban adalah Mantin, Lenggeng, Labu, Nilai, Sendayan termasuk kampung (kg) Batang Benar, Kg Sg Mahang, Kg Baru Nilai, Kg Sg Sekah, Kg Stesen, Kg Nilai, Taman Mayang Sari, Pekan Nilai, Taman Ban Aik dan Taman Nilai.

Turut terjejas sebahagian kawasan Port Dickson, Kg Jimah Lama dan Bayu Sutera.

Bagi daerah Kuala Pilah pula penutupan akan turut menjejaskan Kg Kepis Air Kuning, Kg Kepis Ulu, SK Kepis, Kg Sg Dua Besar, Kg Ulu Rembang Panas, Kg Bemban, Kg Sg Layang, SMK Senaling, SK Senaling, Pekan Senaling, Kg Ulu Senaling, Taman Pilah Senaling, Rumah Rakyat Senaling, Kg Maasop, Kg Batang Pilah, Kg Terap, Kg Peraku, Kg Cheriau dan Kg Gachong.

Antara kawasan terjejas di daerah Tampin adalah Taman Indah Tampin, Taman Clonlee, Taman Tunku Besar, Taman Mutiara, Taman Minang, Taman Batu Belang, Taman Bukit Ria, Kampung Batu Belang, Bandar Tampin, Pekan Gemencheh Baru, Taman Orked, Taman Dato Taha, Taman Asahan Indah, Taman Sri Asahan, Taman Sri Gemencheh,  Taman Gemencheh Jaya, Taman Sentosa dan Felda Bukit Rokan.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan