Ad Banner
 AM > BERITA

Kibar Jalur Gemilang Terbalik, PDRM Diminta Ambil Tindakan Tegas - Aaron

09/08/2025 07:48 PM

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) -- Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang meminta polis mengambil tindakan tegas terhadap insiden mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik supaya menjadi pengajaran kepada semua pihak.

Menerusi hantaran di X hari ini, beliau berkata Jalur Gemilang ialah lambang kedaulatan, perpaduan dan maruah negara yang menjadi milik seluruh rakyat tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang.

“Mengibarkannya dengan betul adalah tanggungjawab setiap warganegara sebagai tanda hormat dan cinta kepada tanah air.

“Saya ingin mengingatkan bahawa tindakan mempamer atau mengibarkan bendera negara secara tidak wajar adalah satu kesalahan di bawah Akta Lambang dan Nama 1963 [Akta 414],” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan