Ad Banner
 AM > BERITA

Sarawak Minta Bantuan, Kerjasama MARDI Perluas Tanaman Padi 

13/08/2025 09:55 AM

KUCHING, 13 Ogos (Bernama) -- Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) diharap dapat membantu membekalkan lebih banyak benih padi ke Sarawak dalam usaha memperluas tanaman tersebut di Bumi Kenyalang.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata negeri itu mempunyai kelebihan tanah luas yang belum diteroka dan boleh digunakan untuk aktiviti pertanian. 

“Di Sarawak kita selalu kekurangan benih padi. MARDI mungkin boleh bantu Sarawak dalam aspek benih kerana kita banyak tanah. Kita tanamkan dan dapat mengeluarkan hasil padi yang baik.

“Buat masa ini kita baru peruntukan 14,000 hektar tanah untuk tanaman padi dan kita juga ada sasaran untuk menghasilkan hingga 240,000 tan padi setahun. Kita boleh kongsikan hasil itu,” katanya semasa berucap di majlis perasmian Persidangan Padi Kebangsaan 2025 di sini, malam tadi.

Abang Johari berkata usaha untuk meningkatkan tanaman padi dibuat untuk mengurangkan kebergantungan kepada sumber makanan import seperti beras yang masih tinggi buat masa ini.

“Jika tanaman padi di Sarawak berjaya kita boleh kongsi kepada seluruh negara dan ini bermakna kita tidak lagi bergantung kepada Vietnam atau Kemboja untuk beras,” katanya.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan