Ad Banner
 AM > BERITA

PGA Tahan Lelaki, Rampas 6,834 Tong Gas

13/08/2025 02:14 PM

KUANTAN, 13 Ogos (Bernama) -- Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 6,834 tong gas termasuk pelbagai perlatan dianggarkan bernilai RM1.03 juta dalam serbuan di sebuah premis di Kawasan Perindustrian Tempoyang, Kuala Lipis pada Isnin.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata antara rampasan menerusi Op Taring Bravo 3 itu termasuk 6,155 tong gas kosong, 679 tong berisi gas, sebuah kenderaan dan sebuah forklift.

“Hasil pemeriksaan mendapati premis terbabit menyimpan gas bersubsidi dan gas industri tanpa lesen yang sah.

“Penjaga premis yang merupakan seorang lelaki berumur 41 tahun telah ditahan untuk membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata serbuan kira-kira 4.30 petang itu dijalankan susulan maklumat risikan berhubung kegiatan penyimpanan barang kawalan bersubsidi tanpa lesen yang sah daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Nik Ros Azhan berkata semua rampasan diserahkan kepada KPDN Pahang untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

-- BERNAMA 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan