Ad Banner
 AM > BERITA

Hidangan Tradisional Orang Asli Pikat Konvoi KMJG 2025 Di Cameron Highlands

13/08/2025 06:51 PM

KUANTAN, 13 Ogos (Bernama) -- Sambal ikan bilis bunga kantan yang dihidangkan bersama ubi kayu rebus antara menu minum petang istimewa yang memikat peserta Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2025 di Kampung Orang Asli Kuala Boh, Cameron Highlands.

Pengarah Jabatan Penerangan Pahang Rohani Chik berkata juadah tradisional masyarakat Orang Asli itu dinikmati sebelum pengagihan Jalur Gemilang kepada komuniti setempat.

“Program ini bukan sahaja menyemarakkan semangat kemerdekaan, malah mengeratkan silaturahim serta memperkenalkan budaya dan warisan makanan Orang Asli kepada peserta konvoi,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata perjalanan konvoi KMJG Pahang hari ini meliputi laluan sejauh 193.6 kilometer merentasi tiga daerah iaitu Jerantut, Lipis dan Cameron Highlands, dengan pengagihan Jalur Gemilang kepada kakitangan awam, swasta serta orang awam.

“Program KMJG 2025 peringkat Pahang akan berakhir esok di lokasi terakhir bersama pelajar Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan, Bentong,” katanya.

Semalam, media melaporkan KMJG 2025 peringkat negeri disertai 25 motosikal berkuasa tinggi daripada Kelab Motosikal Daz Bikers bersama 13 kenderaan agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri, melibatkan lebih 100 peserta.

-- BERNAMA 


 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan