Ad Banner
 AM > BERITA

Agong Kurnia Darjah Kepada Panglima 21 Gerup Gerak Khas, Juruiring Pemangku Sultan Johor

14/08/2025 03:44 PM

JOHOR BAHRU, 14 Ogos (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Yang Kedua, Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) kepada Panglima 21 Gerup Gerak Khas Mej Jen Ahmad Shuhaimi Mat Wajab.

Seri Paduka Baginda turut mengurniakan DMIJ kepada Juruiring Pemangku Sultan Johor Kol Mohd Farid Azwanshah Sahar.

Darjah berkenaan membawa gelaran Dato’.

Majlis berlangsung di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada hari ini dengan pengurniaan DMIJ disempurnakan oleh Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail. 

Hadir sama, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Dr Abdul Rahim Ramli, Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Asman Shah Abd Rahman dan barisan Jumaah Majlis Diraja Johor.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan