Ad Banner
 AM > BERITA

RMK13: Ahli Parlimen Syor Penggunaan Teknologi Moden Perkasa Felda, Pertahanan Negara

14/08/2025 06:53 PM

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Pemerkasaan Felda perlu diberi tumpuan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi memastikan kemampanan ekonomi peneroka pada masa depan, menurut Datuk Shamsulkahar Mohd Deli (BN-Jempol).

Beliau berkata sebanyak 112,635 peneroka di 317 skim tanah rancangan Felda di seluruh negara, termasuk 36 tanah rancangan di kawasan Parlimen Jempol memerlukan sokongan strategik dan berterusan daripada kerajaan bagi menghadapi cabaran baharu.

Justeru, Shamsulkahar mencadangkan penggunaan teknologi moden seperti dron dan mesin robotik di ladang kelapa sawit bagi meningkatkan hasil peneroka, sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

“Kerajaan juga perlu mempercepat usaha menaik taraf infrastruktur di tanah rancangan Felda memandangkan kemudahan sedia ada rata-ratanya sudah berusia lebih 40 tahun dan kerap rosak,” katanya ketika perbahasan RMK13 di Dewan Rakyat hari ini.

Jamaludin Yahya (PN-Pasir Salak) pula mahu Malaysia memberikan keutamaan kepada penciptaan dan pembangunan teknologi pertahanan masa depan seperti dron, kecerdasan buatan (AI) dan pertahanan siber bagi menghadapi arus kemajuan masa kini. 

Beliau berkata negara harus berusaha membangunkan industri pertahanan sendiri berasaskan konsep kemandirian pertahanan (self-reliance), seterusnya muncul sebagai hab industri pertahanan di rantau Asia Tenggara.

Persidangan bersambung pada Isnin. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan