Ad Banner
 AM > BERITA

PM Terima Kunjungan Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Di UK Dan Eire

14/08/2025 08:09 PM

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia di United Kingdom dan Eire (UKEC), yang mewakili lebih 16,000 pelajar Malaysia di United Kingdom serta Republik Ireland.

Anwar berkata dalam pertemuan itu, UKEC yang diketuai Vincent Tang mengemukakan cadangan peluang kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pendidikan Tinggi dengan UKEC dalam pelbagai bidang yang ingin diterokai berasaskan dasar sedia ada.

“Saya juga mendapatkan pandangan dan cadangan mengenai bagaimana harus didepani gejala ‘brain drain’ yang telah sekian lama merundung negara,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Perdana Menteri berkata beliau turut menekankan kepentingan memanfaat serta mengoptimumkan dasar serta struktur sedia ada yang telah disediakan oleh Kerajaan Persekutuan bagi mengelakkan pertindihan struktur atau dasar.

Selain itu, beliau berkata ia juga bagi memastikan libat urus dan wacana bergerak secara berterusan selain memastikan pelbagai isu dapat diselaraskan dengan berkesan serta sistematik.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan