Ad Banner
 AM > BERITA

Kelantan Sasar Kurangkan Penagihan Dadah 50 Peratus Menjelang 2030

16/08/2025 09:56 AM

KOTA BHARU, 16 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Kelantan menyasarkan pengurangan kadar penagihan dadah di negeri itu sebanyak 50 peratus menjelang 2030 melalui pelaksanaan jihad bersepadu di seluruh negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Zamakshari Muhammad berkata inisiatif itu akan diperluas selepas kejayaan projek rintis di Pasir Mas dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan, penghulu dan imam masjid.

“Selain itu, kita akan berbincang dengan beberapa agensi lain bagi memperkasakan lagi jihad bersepadu memerangi dadah,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan Town Hall Keselamatan dan Perpaduan Negara Peringkat Negeri Kelantan di Dataran Muhammadi, di sini, malam tadi.

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Kelantan menegaskan kerajaan negeri tidak akan berkompromi dengan gejala itu dan akan terus memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa untuk membanteras masalah dadah dari akar umbi.

"Kita tidak mahu hanya mengawal gejala, tetapi mahu menyentuh punca masalah demi membina negeri yang lebih selamat dan bermaruah untuk generasi akan datang. Semua pihak perlu berganding bahu kerana masalah ini tidak mengenal warna parti politik, agama atau kaum,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan