Ad Banner
 AM > BERITA

CIMB ASEAN Cultural Night Run 2025 Simbol Kesatuan, Perayaan Budaya ASEAN - Nanta

16/08/2025 11:49 PM

GEORGE TOWN, 16 Ogos (Bernama) -- CIMB ASEAN Cultural Night Run 2025 (CIMB ACNR 2025) yang berlangsung di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah malam ini merupakan simbol kesatuan, gaya hidup sihat dan perayaan budaya ASEAN, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata larian edisi keempat disertai hampir 4,000 peserta di Jambatan Kedua Pulau Pinang itu dianjur sempena Kepengerusian ASEAN Malaysia.

"Acara berprestij itu dianjurkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Koperasi LLM Berhad dengan penglibatan Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam mendukung agenda Kepengerusian ASEAN, dengan CIMB Bank sebagaj penaja utama.

"Semangat “Cara ASEAN” dizahirkan melalui penyertaan antarabangsa, sekali gus memperkukuh integrasi serantau serta memupuk semangat kekitaan sebagai warga ASEAN," katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta larian itu.

Selain menggabungkan elemen riadah santai dan larian kompetitif, CIMB ACNR 2025 turut menampilkan persembahan kesenian serta budaya tradisional Malaysia dan negara anggota ASEAN.

Bagi menyemarakkan acara, hadiah wang tunai berjumlah RM21,000 ditawarkan kepada pemenang kategori dipertandingkan selain 30 hadiah pakaian kebudayaan terbaik bagi kategori lelaki, wanita dan kanak-kanak, serta 30 hadiah cabutan bertuah kepada peserta berdaftar.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan