Ad Banner
 AM > BERITA

Parlimen Semarakkan Sambutan HKHM 2025

19/08/2025 11:44 AM

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) tahun ini terus disemarakkan dengan pelancaran Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Parlimen Malaysia 2025, yang berlangsung hari ini.

Majlis penuh simbolik yang diadakan di Lobi Dewan Rakyat itu, disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan turut dihadiri Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul serta Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah.

Hadir sama ialah kedua-dua Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ramli Mohd Nor dan Alice Lau Kiong Yieng, serta Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia Datuk Ahmad Husaini Abdul Rahman.

Selain itu, isteri Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut hadir sebagai tanda sokongan kepada majlis berkenaan.

Majlis yang berlangsung kira-kira 9.30 pagi itu dimulakan dengan alunan lagu Negaraku, diikuti bacaan ikrar Rukun Negara sebelum diakhiri dengan persembahan medley lagu-lagu patriotik termasuk lagu “Malaysia MADANI Rakyat Disantuni”, yang dinyanyikan secara beramai-ramai oleh para hadirin sambil mengibarkan Jalur Gemilang bagi menyemarakkan semangat cintakan negara.

Barisan Kabinet Kerajaan MADANI turut memeriahkan majlis dengan kehadiran beberapa menteri antaranya Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.

Turut hadir Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang dan beberapa timbalan menteri serta pegawai tinggi Parlimen.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan