Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Platform Digital Antara Inisiatif KUSKOP Bantu Peniaga Kecil Pasarkan Produk

26/08/2025 03:01 PM

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membantu peniaga kecil termasuk penyiaran penstriman langsung melalui Studio TikTok untuk memasarkan produk mereka.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R. Ramanan  berkata KUSKOP turut menyediakan program bimbingan melalui Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) serta menganjurkan karnival keusahawanan seperti Hari Peniaga dan Penjaja Kecil.

“Menerusi padanan perniagaan di bawah Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI), usahawan dapat memperluas rantaian perniagaan dengan pembeli, pengedar, ejen pemasaran, stokis, pengimport dan pasar raya,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) mengenai langkah kementerian menangani keluhan peniaga kecil yang mendakwa jualan mereka terjejas akibat inisiatif pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Jualan Rahmah yang menawarkan harga lebih rendah.

Ramanan berkata KUSKOP mengambil maklum keresahan peniaga kecil terhadap kesan inisiatif itu, namun pada masa sama ia merupakan sebahagian daripada aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan rakyat dalam menghadapi kos sara hidup.

“Pendekatan seimbang perlu diambil supaya keperluan rakyat berpendapatan rendah dapat dipenuhi tanpa menjejaskan kelangsungan peniaga kecil yang menjadi nadi ekonomi tempatan,” katanya.

Ad Banner

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan