Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Cadangan Tangguh RUU Pembaharuan Semula Bandar Tidak Wajar - KP PLANMalaysia

26/08/2025 05:41 PM

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Cadangan menangguhkan bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU PSB) adalah tidak wajar kerana ia telah melalui proses libat urus dan rundingan yang komprehensif.

Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) Datuk Dr Alias Rameli berkata setakat ini, lebih 108 sesi libat urus diadakan melibatkan badan profesional serta persatuan-persatuan penduduk.

Alias berkata RUU yang dijadual dibentangkan bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada Khamis ini, bukan digubal bagi menggantikan peruntukan atau undang-undang sedia ada dan tidak akan menjejaskan sebarang hak keistimewaan orang Melayu.

Beliau berkata dalam soal atau kuasa pemilikan tanah pula, RUU PSB tidak sesekali menyentuh atau mengurangkan kuasa kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Tiada langsung kuasa pada pihak kerajaan Persekutuan untuk mengisytiharkan kawasan-kawasan untuk tujuan PSB ini, begitu juga aspek tanah wakaf, ia tertakluk kepada kuasa negeri,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen, hari ini.

Selain itu, Alias menegaskan RUU PSB tidak langsung mempunyai elemen paksaan untuk pengambilalihan tanah.

Ad Banner

Rang undang-undang itu, antara lain bertujuan mengadakan peruntukan bagi ambang persetujuan serta kriteria kehendak dalam menjalankan suatu projek pembaharuan semula bandar.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan