Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Kembalikan Pendapatan Komuniti KRT Kepada Masyarakat Dalam Bentuk 'Manfaat Bersama' - Aaron

29/08/2025 12:15 AM

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang menyeru supaya pendapatan komuniti yang dijana dalam Rukun Tetangga Progresif (KRT) di seluruh negara dikembalikan semula kepada masyarakat dalam bentuk ‘manfaat bersama’.

Aaron berkata hal itu bertujuan untuk memastikan hasil setiap usaha, inisiatif dan kejayaan ekonomi yang dicapai dapat memberikan nilai tambah kepada komuniti setempat termasuk menambah baik kemudahan bersama seperti balai komuniti atau pusat aktiviti.

 “Ia termasuk membiayai program pendidikan dan latihan kemahiran untuk anak muda setempat serta menyokong bantuan kebajikan kepada golongan rentan dalam kawasan kejiranan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Aaron turut menyeru generasi muda agar memainkan peranan aktif dalam komuniti menerusi platform Jiran Muda bagi memastikan sasaran keahlian KRT mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus golongan berkenaan.

Beliau berkata pada masa ini, terdapat 34 Pengerusi KRT yang berusia 30 tahun ke bawah.

Menurutnya, sehingga kini, terdapat 8,586 KRT ditubuhkan di seluruh negara dengan yang terawal diwujudkan pada 1 Jan 1974 iaitu KRT Kampung Baru Macap Baru.

Ad Banner

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan