Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Ahmad Zahid, Fadillah Sifatkan Sambutan Hari Kebangsaan 2025 Luar Biasa

31/08/2025 11:22 AM

PUTRAJAYA, 31 Ogos (Bernama) -- Sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya di sini hari ini disifatkan oleh kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai berjaya dan luar biasa, sekali gus mengangkat semangat rakyat untuk bersatu padu.

Bercakap kepada pemberita selepas sambutan itu, Ahmad Zahid mengucapkan selamat Hari Kebangsaan kepada seluruh rakyat Malaysia dan memuji penganjuran kali ini yang menurutnya amat menarik.

“Semoga penyatuan seluruh rakyat Malaysia akan (terus) tercapai dan kita ketepikan perbezaan dalam kalangan kita,” katanya.

Ad Banner

Fadillah yang turut senada, memuji setiap persembahan dipamerkan semua pihak yang terlibat menjayakan sambutan kali ini.

 “Persembahan yang begitu baik mengangkat semangat (bersama). Yang penting ialah untuk memastikan negara Malaysia terus bersatu, mencipta kemakmuran untuk kesejahteraan rakyat semua,” katanya.

Bertemakan “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”, sambutan yang bermula secara rasmi pada pukul 8 pagi itu dihadiri lebih 100,000 pengunjung terdiri daripada pelbagai kaum dan lapisan umur, selain turut menarik kehadiran pelancong asing.

Ad Banner

Sebanyak 81 kontinjen melibatkan 14,062 peserta mengambil bahagian dalam perarakan dan perbarisan Hari Kebangsaan 2025, yang turut menampilkan 21 pasukan pancaragam, tujuh kereta berhias, 508 aset darat dan udara, serta 116 ekor haiwan dalam perkhidmatan awam.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan