Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

MyCreative Perkenal "Social Enterprise Fund", Perkasa Usahawan Sosial Kreatif

03/09/2025 04:56 PM

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- MyCreative Ventures Sdn Bhd (MyCreative) melancarkan inisiatif Social Enterprise Fund (SEF), bertujuan memperkasakan perusahaan sosial kreatif di Malaysia melalui sokongan kewangan dan pembangunan kapasiti secara bersasar.

MyCreative dalam kenyataan memaklumkan selain membina kapasiti perusahaan dan membantu usahawan kreatif meningkatkan operasi, SEF yang bermula semalam mampu memberikan impak sosial serta alam sekitar yang boleh diukur melalui manfaat kepada golongan sasaran.

SEF terbahagi kepada dua peringkat dengan Peringkat Awal (E1) geran hingga RM100,000 disediakan untuk perusahaan yang telah beroperasi secara aktif antara satu hingga tiga tahun.

Ad Banner

Peringkat Perkembangan (G2) pula menawarkan pembiayaan hingga RM1 juta yang distrukturkan sebagai gabungan hak perkongsian hasil sebanyak 80 peratus dan geran 20 peratus bagi perusahaan yang telah beroperasi lebih lima tahun.

MyCreative memaklumkan setiap pemohon mesti memiliki entiti perniagaan yang sah berdaftar di Malaysia dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), serta telah beroperasi secara aktif sekurang-kurangnya setahun, dan tidak muflis atau disenaraihitamkan.

"Cadangan projek yang dihantar perlu disertakan dengan dokumen yang komprehensif (termasuk maklumat perusahaan, kewangan, butiran penggunaan data projek dan maklumat industri)," menurut MyCreative.

Maklumat lanjut mengenai garis panduan dan senarai semak permohonan boleh diperoleh melalui laman web www.mycreative.com.my/sef2025.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan