Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Dewan Negara Lulus Usul Rancangan Malaysia Ke-13

03/09/2025 08:49 PM

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Dewan Negara hari ini meluluskan usul Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) yang merupakan rancangan serta hala tuju pembangunan negara untuk tempoh 2026 hingga 2030.

Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah berkata usul itu diluluskan selepas lebih suara bersetuju berbanding tidak bersetuju.

Terdahulu, usul RMK13 itu dibahaskan selama empat hari bermula 25 hingga 28 Ogos, disusuli dengan penggulungan setiap kementerian selama dua hari bermula semalam.

Ad Banner

Persidangan hari ini menyaksikan 15 lagi kementerian meneruskan penggulungan perbahasan RMK13 termasuk Kementerian Komunikasi, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Ekonomi sebagai kementerian terakhir.

Pada 31 Julai lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan membentangkan RMK13 yang menetapkan hala tuju peralihan strategik Malaysia ke arah sistem ekonomi, sosial dan tadbir urus negara secara menyeluruh berpaksikan falsafah dasar keterangkuman, kemampanan dan daya tahan dalam kerangka Ekonomi MADANI.

Persidangan Dewan Negara bersambung esok.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan