KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada tujuh ketua perwakilan Malaysia ke luar negara, selain menerima watikah pelantikan ketua perwakilan asing ke Malaysia pad istiadat di Istana Negara, di sini.
Tujuh ketua perwakilan Malaysia yang menerima watikah daripada Seri Paduka Baginda ialah Duta Besar Malaysia ke Thailand Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah, Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Datuk Syed Mohamad Bakri Syed Abdul Rahman, dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Afrika Selatan Datuk Yubazlan Yusof.
Turut menerima watikah pelantikan ialah Duta Besar Malaysia ke Brazil Datuk Mohammad Ali Selamat, Duta Besar Malaysia ke Jerman Mohamad Razdan Jamil, Duta Besar Malaysia ke Sepanyol Haznah Md Hashim, dan Duta Besar Malaysia ke Poland Datuk Azri Mat Yacob.
Seri Paduka Baginda turut menerima watikah pelantikan tujuh ketua perwakilan asing yang baharu ke Malaysia iaitu Duta Besar Mesir Karim Mohamed Elsadat Abdelkarim Abdelkhalek, Duta Besar Jerman Silke Riecken-Daerr, Duta Besar Brazil Daniella Ortega de Paiva Menezes, dan Duta Besar Austria Gerhad Eisl.
Selain itu, Duta Besar Ukraine Hennadii Nadolenko, Duta Besar Norway Marianne Fosland, serta Duta Besar Itali Raffaele Langella.
Turut berangkat pada istiadat berkenaan ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Datuk Sri Amran Mohd Zin, dan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Tan Sri Dr Azmi Rohani.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial