Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Operasi SAR Lelaki Dikhuatiri Lemas Ditangguhkan

05/09/2025 10:12 PM

IPOH, 5 Sept (Bernama) -- Operasi mencari dan menyelamat  (SAR) seorang lelaki hilang yang awalnya dikhuatiri lemas di Sungai Baru Labu, Bota Kiri dekat Seri Iskandar, Rabu lepas, ditangguhkan lewat petang tadi.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata operasi kini ditumpukan di kawasan darat selepas maklumat daripada saksi awam pada 4.35 petang tadi memaklumkan ternampak mangsa tanpa berbaju menaiki motosikal bersama rakannya dan masuk ke kebun sawit, semalam.

“Berdasarkan maklumat itu pencarian di air ditamatkan dan operasi kini ditumpukan di kawasan darat namun setakat ini mangsa masih belum ditemui.

Ad Banner

“SAR ditangguhkan pada 6.40 petang atas faktor keselamatan dan akan disambung semula pada 8.30 pagi esok,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Terdahulu, Shazlean dilaporkan berkata pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan lelaki itu pada 5.46 pagi tadi. 

Mangsa, Muhammad Nurman Mohd Nor, 27, dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak 2 petang Rabu lepas, setelah memasukkan lembu ke kandang dan memaklumkan kepada bapanya ingin mandi di sungai.

Ad Banner

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan