Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Anwar Hulur Sumbangan Kepada Dua Veteran ATM Di Kuantan

06/09/2025 07:21 PM

KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghulurkan sumbangan kepada dua veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kuantan, Pahang. 

Sumbangan wang tunai dan bakul makanan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri iaitu Datuk Ahmad Farhan Fauzi kepada Abu Samah Simat, yang menetap di Taman Balok Perdana dan Sulaiman Yusoh dari Taman Balok Makmur semasa melawat mereka di kediaman masing-masing.

“Semoga bantuan ini bukan sahaja meringankan beban tetapi juga menjadi tanda bahawa jasa para veteran tidak pernah dilupakan.

Ad Banner

“Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan dan kekuatan buat Encik Abu Samah sekeluarga. Jasa yang beliau curahkan bagi memastikan keamanan negara terjamin tidak pernah kita lupakan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook yang turut dikongsikan Perdana Menteri. 

Ahmad Farhan turut disertai Persatuan Veteran ATM Cawangan Indera Mahkota pada siri Ziarah MADANI kali ini bagi melawat Abu Samah yang diuji dengan serangan strok dan Sulaiman yang menghidap penyakit jantung kronik.

Menerusi hantaran berasingan, Ahmad Farhan berkongsi detik pertemuan dengan Sulaiman yang mengimbau kembali hubungan akrab beliau dengan ayahnya sejak dahulu. 

Ad Banner

“Saya bersyukur kerana ruang ini mengingatkan saya bahawa semangat Hari Malaysia adalah tentang kebersamaan, penghargaan dan persaudaraan.

“Bagi pihak Perdana Menteri, saya sempat menyampaikan sedikit sumbangan tunai dan bakul makanan sebagai tanda keprihatinan, mudah-mudahan dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung beliau sekeluarga,” katanya. 

Beliau turut mendoakan agar veteran itu dikurniakan kesihatan dan kekuatan serta segala jasa dan pengorbanannya menjadi amal jariah yang tidak terputus.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan