Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Bekalan Ikan Cukup Sepanjang Musim Tengkujuh - LKIM

06/09/2025 07:50 PM

IPOH, 6 Sept (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberi jaminan bekalan ikan mencukupi sepanjang musim tengkujuh sekali gus mampu menstabilkan harga, kata Pengerusinya Muhammad Faiz Fadzil.

Beliau berkata walaupun musim tengkujuh memberi kesan kepada nelayan di Pantai Timur, langkah proaktif sudah diambil termasuk penyediaan stok simpanan lebih 1,000 metrik tan ikan oleh LKIM, manakala pihak swasta mempunyai hampir 15,000 metrik tan.

“Apabila bekalan berkurangan, stok simpanan ini akan dikeluarkan selain kita turut mengimport ikan tertentu bagi menampung permintaan. Dengan jaminan bekalan mencukupi, insya-Allah harga ikan dapat dikawal,” katanya.

Ad Banner

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Tahunan Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Perak 2025, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Muhammad Faiz menjelaskan LKIM turut memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat dan pemain industri swasta bagi memastikan rantaian pemasaran ikan berjalan lancar.

“Orang tengah tetap diperlukan bagi memastikan perniagaan bergerak. Namun, saya berharap mereka menunjukkan keprihatinan dengan tidak menaikkan harga sesuka hati,” katanya.

Ad Banner

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan