Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Kementerian Pertahanan, KPT Kerjasama Lebih Rapat Pastikan Silibus Palapes Kekal Relevan

07/09/2025 01:36 PM

SHAH ALAM, 7 Sept (Bernama) -- Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan bekerjasama dengan lebih rapat, bagi memastikan kajian semula silibus dan latihan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), kekal relevan dengan keperluan semasa.

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata kajian semula yang akan dijalankan, perlu menitikberatkan soal pembentukan jati diri pelajar dan juga persediaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai sebahagian anggota pertahanan negara.

“Palapes ini antara sumber anggota pertahanan atau pegawai kita di peringkat Kementerian Pertahanan ...kita memang sentiasa berbincang dari segi pelaksanaan program-program Palapes ini, cuma bila ada isu-isu berbangkit seumpamanya kita akan cuba tambah baik.

Ad Banner

“... dan kita juga akan lihat beberapa peraturan untuk memastikan faktor paling penting bagi kita ialah keselamatan kerana kita tahu dalam latihan ketenteraan ini banyak aspek-aspek fizikal digunakan jadi kita akan lihat beberapa faktor termasuk kesihatan dan seumpamanya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Konvensyen Amanah Selangor di sini hari ini.

Sebelum ini Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan berkata kementeriannya akan menambah baik kurikulum dan pengisian latihan, bagi menggalakkan penyertaan mahasiswa PALAPES ke dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ad Banner

Mohamed Khaled berkata usaha itu bagi menarik penyertaan mahasiswa ketika di universiti yang memberi manfaat serta tidak berakhir tanpa kesinambungan selepas tamat pengajian.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan