Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

JPPKK Salur Bantuan Kepada Keluarga Penuntut Polimas

08/09/2025 06:21 PM

BUKIT MERTAJAM, 8 Sept (Bernama) -- Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) akan menyalurkan bantuan sewajarnya kepada keluarga penuntut Politeknik Sultan Abdul Halim (Polimas) Muhamad Amsyar Muqri Mohd Asri, 18, yang meninggal dunia selepas mesin padi dinaikinya terjatuh ke dalam sungai di Kampung Sanglang, Jitra, Kedah, pada Sabtu lepas.  

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) JPPKK Dr. Shamsuri Abdullah berkata bantuan tersebut merangkumi kewangan, sokongan psikologi dan moral.

“Saya difahamkankan pihak Polimas telah menghubungi keluarga mangsa untuk memberikan apa juga bentuk sumbangan sama ada dari sudut kewangan, psikologi mahupun moral.

Ad Banner

“Lazimnya apabila berlaku tragedi sebegini memang kami akan bersama-sama keluarga untuk memberi sokongan dan bantuan yang termampu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Politeknik Seberang Perai (PSP) Kali Ke-24 yang turut dihadiri Pengarah PSP Mohd Ruzi Hamzah.

Terdahulu media melaporkan seorang penuntut Polimas dikhuatiri lemas manakala tiga rakannya terselamat selepas mesin padi dinaiki terjatuh ke dalam sungai di Kampung Sanglang, Jitra, berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sanglang pada Sabtu lepas.

Mayat Muhamad Amsyar Muqri ditemukan pada pukul 10.01 pagi semalam oleh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) di dasar sungai pada kedalaman empat meter, kira-kira 10 meter dari lokasi awal mangsa dilaporkan terjatuh.

Ad Banner

--BERNAMA

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan