Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

11 Premis Haram E-sisa Di Perak Diambil Tindakan

10/09/2025 12:30 PM

IPOH, 10 Sept (Bergambar) -- Sebanyak 11 premis sisa elektrik dan elektronik (e-sisa) yang beroperasi secara haram telah diambil tindakan penguatkuasaan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak dari Januari hingga Ogos tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Teh Kok Lim berkata premis terbabit berada dalam daerah Kuala Kangsar, Perak Tengah dan Batu Gajah dengan tindakan penguatkuasaan mendapat bantuan risikan Pasukan Gerakan Am (PGA).

"Sebanyak 5291.15 metrik tan e-sisa telah disita dan tindakan penguatkuasaan melibatkan 11 premis dikenakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) manakala (termasuk) enam premis dikenakan Perintah Larangan (PL) dan 11 premis itu disediakan kertas siasatan bagi kesalahan di bawah Seksyen 18, Seksyen 19, Seksyen 34A dan Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974," katanya dalam sesi soal jawab pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini.

Ad Banner

Beliau berkata demikian bagi menjawab Wong Chai Yi (PH-Simpang Pulai) yang ingin mengetahui senarai operasi penguatkuasaan terhadap kilang memproses e-sisa secara haram mengikut daerah, lokasi, premis dan hasil penguatkuasaan itu.

Teh menegaskan antara punca utama pembinaan kilang e-sisa haram adalah akibat kemasukan sisa itu secara tidak sah dari luar negara ke Malaysia dalam kuantiti yang banyak melalui pelabuhan. 

"Dalam hal ini, agensi-agensi yang mengawal kemasukan barangan ke dalam negara di pelabuhan dan sempadan negara dimohon meningkatkan kawalan di bawah bidang kuasa masing-masing," katanya.

Ad Banner

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan