Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Selepas Puluhan Tahun Terbengkalai Hotel Labuan Akhirnya Dirobohkan 

11/09/2025 06:31 PM

LABUAN, 11 Sept (Bernama) -- Hotel Labuan yang pernah menjadi mercu tanda tertua dan ikon utama di pulau ini bakal dirobohkan selepas hampir tiga dekad terbiar.

Bangunan setinggi 10 tingkat yang dilengkapi 150 bilik dan pernah dimiliki bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh itu, diisytiharkan tidak selamat dan ditutup pada November 1997 kerana masalah struktur.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan (LC) Mohd Sukuran Taib mengesahkan kerja merobohkan bangunan itu akan dilaksanakan selepas tender berjaya dikeluarkan pada Mac tahun ini.

Ad Banner

Beliau berkata kontraktor telah digerakkan dan persiapan awal di tapak berkenaan sedang dijalankan.

“Hotel Labuan sudah terbiar terlalu lama dan menimbulkan risiko keselamatan kepada orang awam. Dengan bermulanya kerja-kerja meroboh, maka kita dapat membuka laluan kepada peluang pembangunan baharu yang lebih memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya kepada Bernama hari ini.

Bagi sebahagian penduduk, pengumuman berkenaan mengundang perasaan bercampur-baur kerana hotel itu suatu ketika dahulu menjadi lokasi utama bagi perhimpunan sosial, aktiviti perniagaan dan lawatan kenamaan.

Ad Banner

“Merobohkan hotel itu menjadi cabaran kepada Labuan dalam usaha untuk mengimbangi identiti sejarah dengan kemajuan pembangunan moden.

“Walaupun kegunaan tapak itu belum diumumkan, pemerhati berpendapat pembangunan semula berkemungkinan besar sejajar dengan aspirasi Labuan sebagai hab kewangan, pelancongan dan logistik,” kata pesara Mustafa Ali Abidin, 65. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan