Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Lelaki Tertimbus Dalam Tanah Runtuh Di Penampang

11/09/2025 11:12 PM

PENAMPANG, 11 Sept (Bernama) -- Seorang lelaki tertimbus dalam tanah runtuh yang menghempap sebuah rumah di Kampung Sarapung di sini petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sabah ketika dihubungi Bernama memaklumkan pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 6.10 petang tadi memaklumkan dua individu terlibat dalam kejadian itu.

Menurutnya seorang daripada mangsa iaitu seorang wanita berjaya diselamatkan oleh orang awam dan dalam keadaan stabil.

Ad Banner

Beliau berkata identiti kedua-dua individu itu belum dikenal pasti berikutan kesukaran pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Penampang untuk sampai ke tempat kejadian.

“Pasukan bomba mengalami kesukaran untuk sampai di lokasi berikutan berlaku tanah runtuh dan arus air (banjir) yang deras. Maklumat mangsa masih belum diperolehi,” katanya.

-- BERNAMA

Ad Banner


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan