Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

YSIJ Sumbang 2,000 Tilam, 200 Cerek Elektrik, 1,000 Kemeja-T Kepada JPBN Johor

12/09/2025 03:31 PM

JOHOR BAHRU, 12 Sept (Bernama) -- Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) hari ini menyerahkan sumbangan berupa 2,000 tilam lipat, 200 unit cerek elektrik dan 1,000 helai kemeja-T kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, majlis penyerahan di Dewan Taman Pulai Utama, Skudai itu disampaikan oleh Pemegang Amanah Urusan YSIJ Datuk Avinderjit Singh kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan) Datuk Ismail Abu.

"Sumbangan ini adalah sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut yang dijangka bermula pada akhir tahun ini," menurut hantaran itu. 

Ad Banner

Turut hadir Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri Penolong Pesuruhjaya (PA) Kamal Mokhtar dan Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ Mohd Anizam Jamian.

Beberapa foto berkenaan majlis itu turut dimuat naik dalam hantaran tersebut. 

Sementara itu, Ismail yang juga Timbalan Pengerusi JPBN menzahirkan penghargaan atas keprihatinan YSIJ terhadap rakyat Johor, khususnya mangsa bencana.

Ad Banner

“Kami amat bersyukur atas sumbangan ini kerana ia dapat membantu menyelesaikan masalah kekurangan barangan keperluan asas bagi mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

“Selain itu, sumbangan ini juga diharap dapat memberikan keselesaan kepada mangsa dan petugas yang terlibat nanti,” katanya kepada Royal Press Office (RPO).

Mohd Anizam pula berkata YSIJ sentiasa bersedia menghulurkan bantuan sekiranya berlakunya bencana di Johor. 

“Keutamaan kami adalah bagi membantu melengkapkan keperluan asas mangsa yang terlibat,” katanya.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan