Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Karnival Kita MADANI Peluang Rakyat Dapat Informasi, Tahu Program Anjuran Kerajaan

13/09/2025 08:59 PM

BALING, 13 Sept (Bernama) -- Penganjuran program seperti Karnival Kita MADANI memberi peluang kepada rakyat mendapatkan informasi sahih dan mengetahui program disediakan Kerajaan Persekutuan untuk rakyat.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata penganjuran program seperti itu juga membolehkan masyarakat mendapatkan penjelasan perkara yang betul dan tidak daripada pihak sepatutnya. 

Ini kerana perkembangan teknologi canggih mempercepat penyampaian maklumat kepada penduduk termasuk di luar bandar.

Ad Banner

“Namun maklumat boleh dikategorikan kepada cerita benar, separuh benar atau fitnah yang kemudiannya dihimpunkan dan menjadi tular. 

“Dalam dunia kini sukar membezakan yang betul dan tidak. Minoriti yang mungkin terdiri dari tiga individu buat content (kandungan) dan sebarkan manakala yang mendengar dan melihat, puluhan atau ratusan ribu orang,” katanya.

 Mahdzir berkata demikian semasa berucap merasmikan Karnival Kita MADANI X Program MADANI Rakyat (PMR) di Dataran Awam Kampung Lapang dekat sini hari ni.

Ad Banner

Turut hadir Pengarah Kanan Pengurusan Jabatan Penerangan Malaysia Naim Fahmi Ahmad Tajuddin dan Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Kedah Nurazila Azizan.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan