Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Beberapa Kawasan Di KL Dikenal Pasti Untuk Pelaksanaan ''repurpose" Konsep Baukultur

14/09/2025 03:00 PM

PUTRAJAYA, 14 Sept (Bernama) -- Beberapa kawasan di Kuala Lumpur dikenal pasti untuk dilaksanakan repurpose atau penggunaan semula adaptif dengan meningkatkan fungsi kawasan menggunakan konsep Baukultur.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata pendekatan itu akan memastikan nilai seni bina dan warisan tetap terpelihara serta menambah baik lagi fungsi kawasan terlibat.

Selain itu, beliau memaklumkan Astaka Morocco di Taman Botani Putrajaya dipilih oleh Jabatan Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Putrajaya sebagai kawasan untuk dilaksanakan repurpose, lanjutan daripada lawatan kerja beliau ke Itali baru-baru ini.

Ad Banner

“Astaka Morocco merupakan bukti pengembangan budaya Andalusia ke Nusantara. Setelah lebih 22 tahun, astaka ini kekal menjadi simbol diplomasi budaya dan seni bina Islam bernilai tinggi,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Baukultur ialah falsafah pembangunan yang mengekalkan roh budaya dalam seni bina sambil menambah baik fungsi agar terus relevan.

Melalui konsep Baukultur, bangunan dan ruang tidak hanya dibina untuk kegunaan, tetapi juga bagi mengekalkan identiti serta meningkatkan kualiti hidup masyarakat.

Ad Banner

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan