Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Hajiji Seru Rakyat Jiwai Erti Sebenar Hari Malaysia

14/09/2025 08:53 PM

KOTA KINABALU, 14 Sept (Bernama) -- Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyeru rakyat untuk terus menjiwai erti sebenar Hari Malaysia dan meraikannya dengan semangat patriotik serta kecintaan yang mendalam kepada negara.

Dalam perutusan Hari Malaysia di sini malam ini, beliau menggesa agar perpaduan dan keharmonian rakyat berbilang kaum dan agama terus terpelihara serta berkekalan di bumi bertuah ini.

Hajiji berkata 16 Sept adalah tarikh keramat yang menandakan penubuhan Malaysia yang menjadikan negara berdaulat dan merdeka, justeru rakyat Malaysia perlu sentiasa mengingati hari bersejarah itu.

Ad Banner

"Pembentukan Malaysia telah membawa pelbagai nikmat dan manfaat kepada semua lapisan masyarakat di negara ini, namun perjalanan membina negara masih panjang, penuh dengan cabaran serta rintangan yang harus dihadapi," katanya.

Beliau berkata hanya dengan kesatuan, kebersamaan dan perpaduan demi kepentingan tanah air, segala cabaran terbabit dapat diatasi.

Sehubungan dengan itu, Ketua Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk menghayati tema Hari Malaysia tahun ini, "Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni", yang mencerminkan keprihatinan serta komitmen kerajaan terhadap kebajikan rakyat berdasarkan prinsip Malaysia MADANI.

Ad Banner

Hajiji berkata tema itu juga selaras dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya yang menekankan kesejahteraan rakyat, keadilan, perpaduan serta pembangunan saksama untuk semua lapisan masyarakat.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan