Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Cakna Cukai, Fahami Belanjawan 2026: Pendaftaran SPK 2025 Kini Dibuka

17/09/2025 01:23 PM

PUTRAJAYA, 17 Sept (Bernama) -- Seminar Percukaian Kebangsaan (SPK) 2025 yang kini dibuka untuk pendaftaran akan memfokus kepada tiga topik utama iaitu cadangan Belanjawan 2026, e-Invois; Persediaan Strategik Ke Arah Pematuhan Mandatori serta Transformasi Digital Sistem Taksir Sendiri CKHT dan Duti Setem.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan seminar itu, yang akan diadakan dalam lima siri bermula 14 Okt hingga 10 Nov depan, merangkumi penganjuran secara bersemuka di Johor, Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah selain satu sesi secara maya manakala yuran penyertaan ditetapkan pada kadar RM350.

“Seminar tersebut menghimpunkan pembentang dan ahli panel berpengalaman dalam bidang percukaian, termasuk pegawai kanan daripada Kementerian Kewangan Malaysia, LHDN, Chartered Tax Institute of Malaysia dan Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Ad Banner

Menurut LHDN, penganjuran seminar itu memberi peluang kepada pengamal percukaian, badan perakaunan, profesional serta pembayar cukai untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung pindaan semua akta yang ditadbir oleh agensi itu selaras dengan pembentangan Belanjawan 2026 oleh Perdana Menteri pada 10 Okt ini.

Sebagai nilai tambah, Pembangunan Sumber Manusia Bhd membenarkan majikan berdaftar menuntut kos latihan peserta SPK 2025 di bawah Skim Bantuan Latihan.

Majikan hanya perlu memilih kategori Non-Registered Training Provider Details - Government semasa memohon geran latihan.

Ad Banner

Pendaftaran boleh dibuat melalui portal rasmi SPK di https://seminar.hasil.gov.my manakala sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Hasil Contact Centre di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1000 (luar negara), menerusi HASiL Live Chat atau melalui borang maklum balas di portal rasmi LHDN.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan