PUTRAJAYA, 17 Sept (Bernama) -- Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengarahkan pengosongan serta-merta bangunan kuarters berhampiran lokasi tanah runtuh di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya, Sabah bagi memastikan keselamatan semua warga kampus terjamin.
KPM dalam kenyataan memaklumkan beberapa langkah segera turut diambil termasuk merobohkan blok bangunan yang terjejas untuk memberi laluan kepada binaan baharu.
Selain itu, menurut KPM inisiatif menyewa premis luar berhampiran turut diambil agar aktiviti akademik dapat diteruskan tanpa gangguan serta kerja-kerja membina semula tangki air yang rosak juga dilaksanakan.
Kementerian itu juga memaklumkan tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut yang telah mengakibatkan kerosakan bahagian cerun dan beberapa blok bangunan yang telah ditutup dan tidak didiami sejak Julai lepas atas arahan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah.
KPM turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor atas keprihatinan dan lawatan beliau ke IPG Kampus Gaya hari ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial